
Sulit
3 tahun
Sakit di bawah dada belah kiri
Saya wanita berusia 21 tahun. Kebelakangan ni saya selalu rasa sakit di bawah dada belah kiri. Saya rasa macam tulang rusuk saya kena tekan. Kadang-kadang rasa sakit kadang-kadang tak rasa sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
- Gastritis
- Pleuritis
Oleh kerana maklumat yang diberikan oleh anda adalah terlalu umum, kami tidak dapat membuat kesimpulan mengenai masalah anda. Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.