
Sulit
4 tahun
Sakit di bawah tulang rusuk kiri bahagian hadapan
saya wanita berumur 23 tahun. sminggu yg lepas saya bru masuk hospital 3 hari sebab sakit dada sebelah kiri. dan doktor memberi saya ubat panadol utk d bawa balik. dan sekarang rasa sakit tu berada d bawah tulang rusuk kiri bahagian hadapan dan sudah dua hari merasa sakit. saya juga ada batuk dan pening kepala. adakah sebab masuk angin?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Kami faham anda telah berjumpa dengan doktor dan mengambil panadol. Kami kurang jelas dengan kaitan masuk angin yang menyebabkan anda batuk, pening kepala dan sakit di bahagian tulang rusuk.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketegangan dan kecederaan otot tulang rusuk
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
- Batu karang buah pinggang
- Jangkitan paru- paru
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan batuk, antaranya ialah:
- asthma
- refluks asid (GERD)
- keradangan kronik saluran pernafasan (chronic bronchitis)
- penyakit kronik sistem pernafasan
- jangkitan paru-paru seperti pneumonia
- jangkitan tuberculosis
Jika anda mempunyai simptom-simptom yang saya senaraikan di bawah, anda hendaklah berjumpa dengan segera:
- batuk berdarah
- berpeluh ketika tidur waktu malam
- demam
- sesak nafas
- kehilangan berat badan
- sakit pada bahagian dada
Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor berhampiran anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.