amirulhisyamakq
6 tahun
Sakit di belah kana belah bawah perut
Sy syam umur 23. Sy dh 5 tahun sakit gasterik tapi selame ni sakit dia belah atas pusat je. Si sekrng saya skit dari kol 9 sampai skrng. Dan tadi sy muntah2 sy cube jugak buang air besar tapi tak mahu keluar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang appendiks
- Batu Karang
- Batu Hempedu
- Keracunan makanan
Sekiranya masalah ini berterusan dan menjadi lebih serius seperti anda menjadi sangat lemah, anda dinasihati untuk pergi ke klinik/hospital.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























