
Sulit
4 tahun
Sakit di berada pusat
Saya lelaki berumur 20an mengalami sakit di berada pusat. Sakit dia sekejap dan selepas itu reda. Adakah saya mengalami sebarang penyakit ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala yang anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Dispepsia ( indigestion )
Jangkitan kuman Helicobacter pylori di dalam perut
Gastroesophageal reflux disease (GERD) suatu keadaan yang menyebabkan asid perut mudah naik seperti akibat tekanan dalam perut
Esophagitis iaitu keradangan esophagus biasanya akibat refluks asid perut
Penyakit ulser peptik iaitu apabila terdapat luka di dalam dinding perut
Keradangan appendiks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.