
jiejieiz94
5 tahun
Sakit di bhgian dada tekak
Saya wanita berusia 27 tahun. Pertama kali terasa sakit di kawasan dada sampai ke tekak dah 6 jam dari tgh malam td. Sehingga banyak angin keluar .dan muntah2 …sy makan gaviscon tapi mcm xda kesan… dah 2 jam lebih tapi masih sakit … tekak sy dan bahagian dada rasa menekan/padat/ sesak . Nk baring lebih sakit rasa kt dada .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi.
Walaupun gastrik merupakan penyakit yang biasa dan banyak berlaku dalam masyarakat, tetapi penyakit-penyakit yang boleh menyerupai simptom gastrik juga tidak boleh diabaikan. Antara penyakit tersebut ialah:
Ulser perut (gastric ulcer)
Ulser duodenum (duodenal ulcer)
Sindrom Rengsa Usus (Irritable Bowel Sydrome)
Serangan jantung atipikal (atypical acute myocardial infarction)
Selain itu, terdapat juga beberapa penyakit lain dibawah kumpulan surgikal yang boleh datang dengan sakit di bahagian dada seperti:
Radang hempedu (Acute cholecystitis)
Radang pancreas (Acute pancreatitis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.