
Sulit
5 tahun
Sakit di bontot* sorry
Saya mengalami kesakitan pada punggung…yang sangat sakit bila duduk dan berdiri…dibahagian itu macam ada kesan timbul pada line punggung bila kita duduk dia akan rasa sakit dan berdiri…kesan seperti gigit nyamuk tetapi sakit dia lain macam…minta doktor jelaskan kesakitan saya ini terima kasih…sudah 4 hari rasa skit*

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit punggung ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- folikulitis/bisul
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.