
Sulit
4 tahun
Sakit di buah zakar belah kiri
Saya lelaki berumur 27. Saya mengalami rasa tak selesa di buah zakar sebelah kiri saya. Saya rasa macam urat telur saya bergetar dan ada Bonjol di dalam adakah belitan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala sakit buah zakar anda boleh disebabkan:
- Buah zakar terbelit (testicular torsion)
- Angin pasang (hernia) terbelit
- Jangkitan buah zakar
- Hidrosele - bengkak cecair dalam buah zakar
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.