
Anonymous
6 tahun
Sakit di dalam telinga belah kiri
saya lelaki berumur 18 dalam telinga saya terasa sakit sejak bangun pagi tdi saya tktahu nak buat mcm mana kerana baru kali pertama

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, bagi masalah telinga, sebaiknya anda dapatkan pemeriksaan di klinik bagi mengenal pasti punca gejala sakit telinga tersebut. Sakit telinga boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan dalam telinga
- Luka di dalam telinga akibat menggaru atau penggunaan putik kapas
- Radang telinga
- Bendasing di dalam teling seperti serangga
- Tahi telinga tersumbat (impacted)
Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendaptakan nasihat lanjut. Terima kasih.