
ejanegima
5 tahun
Sakit di kawasan abdomen
saya wanita berusia 25 tahun, baru mengalami keguguran 2 bulan lepas, saya mempunyai masalah sakit semasa dan selepas mengadakan hubungan seks dengan suami. saya juga merasakan sakit ngilu seperti dihiris di bahagian bawah abdomen sebelah kiri, disamping merasa sakit semasa membuang air besar. saya juga mengalami keletihan melampau, disamping simptom “light headed” hampir setiap hari. kerap kali saya rebah seakan hypo. kali pertama saya haid selepas keguguran, saya mengalami bleeding yang banyak (4-6 pad penuh) sehari dan warna merah terang. kesakitan yang semakin kerap membimbangkan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit saat beruhubungan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah kulit - seperti ulser. Sesetengah dermatitis (contact dermatitis) terjadi akibat sabun wangi, sehingga menyebabkan kegatalan, rasa terbakar, dan kesakitan.
- Vulvodynia - Ini adalah masalah kesakitan
- Perubahan hormon - Menopause, menyebabkan penurunan estrogen hormon wanita sehingga terjadi kekeringan faraj
- Vaginitis - Keradangan faraj, boleh disebabkan oleh jangkitan yis atau bakteria
- Vaginismus - kontraksi refleks (mengetatkan) otot pada pembukaan vagina anda
- Melahirkan - Contohnya wanita yang dilakukan episiotomi boleh mengalami kesakitan semasa seks yang mungkin berlangsung selama beberapa bulan.
- Sebab-sebab lain seperti penyakit radang pelvik, endometriosis, dan pelekatan tisu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.