
Sulit
4 tahun
Sakit di kawasan punggung
Saya lelaki 34 tahun. Sejak 2-3 minggu yang lalu, saya mengalami rasa sakit/kurang selesa di kawasan tailbonedan celah punggung. Rasa sakit ini dirasai ketika menunggang motosikal atau duduk di kerusi yang keras. Sekiranya saya menekan dengan tangan kawasan punggung tersebut tidak dapat merasa kesakitan. Saya tidak mengalami masalah ketika membuang air besar. Perlukah? Saya berjumpa doktor di klinik? Atau ada sebarang rawatan yang saya dapat lakukan sendiri?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Masalah prostat (BPH)
- Masalah pada tulang coccyx
- Kecederaan otot
- Hernia (angin pasang)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.