
adeqkorner
5 tahun
Sakit di kening kiri
Saya wanita berumur 35 tahun. Saya mengalami sakit di kening kiri selama 4 hari. Selalunya terjadi dalam pukul 8 pagi sehingga ke petang. Adakah apa-apa yg saya perlu risau?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan tentang sakit di kening anda adalah kurang jelas. Jadi adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang punca masalah anda.
Antara perkara yang kami perlu tahu adalah kadar kesikitan anda, ciri kesakitan anda, adakah anda mengalami sakit kepala atau gangguan pengelihatan bersama sakit tersebut dan lain-lain.
Sakit pada kening boleh disebabkan oleh:
- Sakit kepala
- Kecederaan pada kening
- Gangguan saraf
- Radang atau jangkitan
Seperti yang telah saya terangkan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kami membuat kesimpulan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.