
Anonymous
5 tahun
Sakit di pangkal rahim
Saya wanita berumur 23tahun. Saya kerap berasa sakit di pangkal rahim seperti ada benda tajam yg menyucuk.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai punca untuk anda mengalami simptom ini. Antaranya ialah
- fibroid dalam uterus
- adenomyosis
- masalah kulat candida (kebiasaannya ada keputihan yang banyak juga)
- ketumbuhan kanser seperti kanser pangkal rahim, kanser leiomyosarcoma (lazimnya dalam golongan wanita lebih tua)
Terdapat juga sebab lain selain sakit puan seperti
- diverticulitis
- jangkitan kuman dan bakteria
Kami juga perlu bertanyakan beberapa soalan kepada anda dan memastikan apakah yang anda sebenarnya maksudkan dengan ‘pangkal rahum’ unutk mencapai diagnosis yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.