
Sulit
3 tahun
Sakit di pelvis kiri dan sakit di bahagian bawah tulang rusuk kanan
saya wanita berusia 21 tahun dan sering berasa sakit di bahagian pelvis kiri. sering kali juga saya berasa ngilu di bahagian bawah perut dan ngilu serta sakit di bahagian atas perut kanan, bahagian bawah tulang rusuk kanan. saya tidak tahu kenapa saya sering berasa lapar walaupun perut berasa ketat dan kenyang. saya juga sering buang air kecil dan buang air besar setiap hari berbeza dari sebelum ini. saya juga mula berasa ngilu di bahagian pinggang belakang. kadang kala, saya hairan kenapa saya tiba2 berasa ngilu yang teramat di bahagian bawah tulang rusuk kanan walaupun saya tidak banyak bergerak dan cepat penat. adakalanya saya berasa ada angin nak keluar dari mulut saya tapi tersekat di kerongkong saya. apa yg saya hadapi ni doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Refluks asid perut (GERD)
- Cholecystitis
- Pancreatitis
- Batu ginjal
- Penyakit radang panggul
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.