
Sulit
4 tahun
Sakit di pinggang dan punggung
Saya lelaki berumur 27. Saya mengalami sakit di bahagian pinggang @ bawah perut dan di kawasan punggung. Sakit bila saya sedang duduk dan rasa di punggung seperti ada yang tumbuh dan buat saya tak selesa UTK duduk.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit di pinggang dan punggung. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang - gejala tambahan; kepedihan sewaktu kencing.
- Anemia
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!