
Sulit
4 tahun
Sakit di pinggang kanan di pinggul apabila ditekan
Hello doktor pada minggu lepas setelah saya selesai bermain badminton pada malam hari dan esoknya saya mengalamai sakit di pinggang kanan belakang di bahagian pinggul apabila ditekan boleh saya tahu kenapa sakit ini tidak pulih walaupun sudah cukup 1 minggu lebih??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai gejala sakit pinggang yang anda alami. Gejala ini boleh disebabkan masalah serius atau normal akibat sukan badminton yang anda main. Jika anda terlebih lasak bermain sukan tersebut, terdapat kebarangkalian sakit yang anda alami ini disebabkan aktiviti tersebut. Namun, maklumat lanjut diperlukan untuk mengenalpati punca gejala yang anda hadapi kerana pelbagai persoalan diperlukan untuk mendapat diagnosis sebenar. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Masalah pada usus
Anda disarankan untuk merenggangkan badan sebelum mula bersenam sekurang-kurangnya 10 hingga 20 minit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am tentang gejala yang anda hadapi. Terima kasih.