
Anonymous
5 tahun
Sakit di sekitar kemaluan
Saya lelaki berumur lingkungan 40an.
Mungkin sy mengidap shyplis peringkat pertengahan. Ada ruam2 di sekitar alat sulit, tidak gatal. Cuma merimaskn
saya. Saya google mungkin shyplis dan mungkin psoriasis. Inginkn nasihat dari doctor berkenaan ubat ubatan. Di famasi mana bole dptkn?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penyakit sifilis adalah penyakit jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria T.pallidum. Antara tanda-tanda sifilis pada peringkat awal adalah:
- Perubahan pada kulit yang dikenali sebagai chancre dan pembengkakan kalenjar limfa yang berdekatan dengan kawasan pertama terkena jangkitan.
- Ruam-ruam
- Demam
- Kelenjar-kelenjar yang bengkak.
- Kehilangan berat badan
- Berasa amat penat dan sengal-sengal otot.
Namun begitu, masalah sakit ketika kencing juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Jangkitan pada saluran kencing
- Luka pada saluran kencing atau zakar
- Jangkitan kelamin yang lain
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.