
Anonymous
5 tahun
Sakit dibahagian ariari
Saya wanita berumur 24 tahun,belum berkahwin…saya ada masalah senggugut yg teruk setiap kali datang haid.sehingga saya terpaksa makan mesntrual panadol + tuam air panas.sejak kbelakangan ni setiap kali datang haid,senggugut teruk + muntah.Kini bahagian ari ari disebelah kiri terasa sakit sangat seperti sakit angin tkumpul/tertekan dalam perut…kalau duduk btambah sakit.Sebelom ini pernah ke klinik,doc nasihatkn sye ambil EPO.tapi xbkurang…apakah langkah yang harus sye lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut ketika hendak datang haid boleh disebabkan:
- Endometriosis - tompokan sel endometrium yang mengalami keradangan pada organ pelvis
- Masalah ovari - seperti Ovari terbelit, kista ovari pecah
- Fibroid dalam rahim berdarah/terbelit
- Penyakit radang pelvis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.