
Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian batang zakar lelaki
Saya mengalami kesakitan yang teramat di bahagian takuk kepala zakar. Apa penyababnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada bahagian zakar
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted disease)
- Gangguan terhadap pembuluh darah di bahagian zakar
- Jangkitan salur kencing
- Karang di dalam salur kencing (terutama zakar)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Perkara ini memerlukan perhatian anda. Namun begitu, sukar ingin memberi keputusan kerana lebih banyak maklumat diperlukan untuk mengetahui punca sebenar mengapa anda mengalami masalah tersebut.
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami masalah yang disebutkan di bawah:
- Gagal mencapai ereksi
- Zakar bengkak
- Sakit di kawasan berhampiran zakar
- Sakit dan kerap membuang air
- Air kencing bercampur darah atau nanah
- Terdapat cecair berbau keluar daripada zakar
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.