Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian bawah kantung testis dan lubang dubur
Saya sedang mengalami sakit di bahagian antara lubang dubur dengan bawah kantung testis… Sakit makin kuat apabila melakukan aktviti berat seperti bersukan… Sakit inin juga menular ke batang zakar saya… Adakah ini dipanggil kanser prostat
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan pada saluran kencing
- Interstitial cystitis
- Kecederaan pada perineum
- Abses
- Saraf pudendal terhimpit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

































