
Sulit
5 tahun
Sakit dibahagian bawah payudara kiri
Hi doc. Saya Nurul, berumur 26 tahun dan telah berkahwin hampir 2 tahun tetapi masih belum mempunyai anak. Saya mengalami sakit dibahagian bawah payudara kiri, sekitar bahagian lipatan. Semasa berdiri, pernafasan terasa terhad kerana saya terpaksa bernafas secara perlahan jika tidak, bahagian tersebut akan terasa sakit seperti mencucuk. Saya sukar untuk bersin/batuk/menguap kerana bahagian itu akan terasa sangat sakit. Rasa sakit juga bila saya baring mengiring ke sebelah kiri. Adakah ini masalah serius ? Perlukah saya mendapatkan pemeriksaan lanjut ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada payudara kiri anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman pada bawah payudara (mastitis)
- Penyakit kulit (ekzema)
- Kekejangan otot dada
- Radang paru-paru - akibat jangkitan kuman atau penyakit auto-imun
- Ketidak seimbangan hormon badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.