
Sulit
5 tahun
Sakit dibahagian bawah perut sebelah kiri
Saya wanita dalam 36 tahun dua hari ni saya mengalami sakit dibahagian bawah perut sebelah kiri tetapi perut xsakit.Hanya sekali sekala sahaja berasa.Nk jalan pun berasa sakit.Cuma sakit sat2 saja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah otot
Masalah sistem peranakan seperti sista ovari, kehamilan luar rahim
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.