
Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian belakang pinggang
Salam sejahtera. Saya wanita 30an (tinggi 150cm, berat 70kg) baru mengalami batuk berkahak hijau dalam 4 hari lepas dan merasa sakit dibahagian belakang setiap kali batuk. Dalam keadaan tidak batuk pun, ketika saya baring/duduk dalam sebahagian posisi tertentu, bahagian belakang pinggang saya akan terasa sakit. Adakah perkara ini normal? Saya juga sering mengangkat barang2 yang agak berat. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, kami memahami kebimbangan anda berkenaan dengan masalah sakit belakang.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Antaranya :
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Sciatica
- Masalah pada organ sekitar tengah dada seperti jantung dan paru paru
Pemeriksaan lanjut diperlukan bagi mengetahui keadaan sebenar anda. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.