Sulit
2 tahun
Sakit dibahagian dubur dan demam panas
Sya lelaki dalam 20an nk tanya saya ada masalah sakit dibahagian dubur. Pada dasarnya dubur saya hanya rasa gatal- gatal sahaja. Setelah itu saya rasa sakit dibahagian dubur saya apabila bangun dari tido dan sukar untuk melakukan rutin harian saya dan bertambah sakit apabila hendak berhadas besar dan skrang saya mengalami demam panas sudah empat hari belalu. Saya sudah pergi buat swab test tapi keputusan saya negatif. Jadi apa pendapat docter tentang masalah kesihatan saya ini…?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi iaitu:
- Jangkitan dalam dubur
- Cyst pada bahagian dubur
- Masalah pada saraf pudendal
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.