
Sulit
5 tahun
Sakit dibahagian dubur
Sy lelaki 20an. Sy ada masalah sakit dibahagian dubur. Perkara ni terjadi selepas sy cirit birit semalaman. Bila sy bangun pagi. Sy merasa kesakitan dibahagian dubur sy. Dari hari ke hari. Saya merasa tidak selesa utk duduk atau melakukan aktiviti lain. Kerana dubur sy terasa sakit. Serta pembuang najis saya jadi sedikit. Sy kerap ke tandas kerana ketidak keselesaan.Dan sy merasa sakit bila hendak membuang air besar. Dan merasa sperti ada yg menghalang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit dubur boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.