
tuleephomespa
5 tahun
Sakit dibahagian perut belah kanan
Saya berumur 26 thn dan mempunyai seorang anak… secara tiba2 sy berasa sakit dibahagian perut belah kanan ketika tidur. Semua posisi rasa tak selesa dan sakit tidak berkurangan. Bila buang air kecil pun terasa sakit dibahagian tersebut. Hanya selesa jika baring menegak dan bantal sedikit tinggi . Perlu ke saya risau dengan sakit yang saya alami?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut sebelah kanan bawah boleh berpunca daripada:
- Radang apendiks
- Kista ovari pecah
- Ovulasi
- Sembelit
- Jangkitan saluran kencing
- Endometriosis
Ada banyak lagi punca sakit perut sebelah kanan bawah yang tidak disenaraikan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.