
Anonymous
5 tahun
Sakit dibahagian perut kiri bawah
Saya wanita berumur 50an, telah mengalami demam yang berpanjangan dan disusuli sakit belakang serta rasa sakit dibawah perut bahagian kiri.
Saya tidak dapat tidur yang lena. Dan kebelakangan ini pembuangan air besar tidak lawas. Kini, saya sedang datang bulan. Apa simltom yang saya hadapi ya?
Untuk makluman pihak Doktor…saya sudah pergi ke Hospital berkenaan demam saya yang panjang. Dr di hospital memberitahu bhw demam ini disebabkan jangkitab kuman di pundi kencing. Saya dimasukkan dua botol air.
Terima kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan masalah anda, kemungkinan simptom simptom anda berpunca dari:
- jangkitan pundi kencing
- jangkitan buah pinggang/saluran kencing
- radang uterus/fallopian tube
- radang usus / colitis
- twisted ovaries
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.