
harizkmm
5 tahun
Sakit dibahagian puting kanan
saya lelaki umur 30 thn…saya mempunyai masalah dibahagian puting kanan saya.terasa sakit dan puting seperti membengkak…kesakitan hanyalah terasa dibahagian kanan puting ketika disentuh bukanlah keseluruhan puting tersebut…jika dipicit terasa seperti ad benjolan didalam dan terasa lebih sakit jika ditekan atau dipicit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit payudara dapat disebabkan oleh masalah kesihatan, seperti:
- Mastalgia
- Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Memandangkan masalah ini dapat pelbagai daripada sakit biasa sehingga kepada yang serius, anda digalakkan untuk mendapatkan rujukan doktor. Sakit payudara pada lelaki adalah tidak mustahil memandangkan lelaki juga mempunyai payudara walaupun berbeza dengan wanita. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.