
haziqhakim
5 tahun
Sakit dibahagian tengah dada
Lelaki 26tahun. Mengalami sakit dada dibahagian tengah dada. Betul2 berada dibawah kerongkong. Perlu ke berjumpa dgn doctor?? Dada terasa berat.

6 tahun
Salam sejahtera.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kondisi anda sekarang seperti masalah jantung, paru-paru, sistem saraf, tulang dan penghadaman. Selepas mengambil kira usia dan jantina anda, punca-punca yang boleh menyebabkan kondisi anda termasuk:
• Sakit jantung
• Pericarditis atau radang lapisan luar jantung
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Asma
• Ketulan darah di saluran darah paru-paru atau pulmonary embolism
• Gastrik atau asid perut berlebihan
• GERD atau pedih ulu hati
• Kayap
• Tulang rusuk patah
• Keradangan kartilaj atau costochondritis
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar mengalami masalah pedih ulu hati dan asid berlebihan di dalam perut anda.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera. Doktor akan menjalankan pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca masalah anda. Masalah asid berlebihan dengan pedih ulu hati biasanya dirawat dengan ubatan yang mengurangkan asid perut seperti proton pump inhibitors (PPI). Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih