
adda90618
5 tahun
Sakit dibawah perut
Umur sy 26tahun… Dah 3hari sy sakit dibawah perut… Dan kali ni rasa sakit yg boleh dikatakan sgt terasa dr hari yg sebelumnya…sy baru melahir kan anak…skrg umur 1tahun 3bulan… Perut sy sakit bila ditekan, nak bangun atau bergerak… Apabila baring rasa sakit datang sekejap kejap… 2@3 hari ni sy kerap jgk kencing…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit ari ari. Antaranya ialah:
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Terbentuknya batu karang bersama nanah di buah pinggang sebelah kanan
- Nanah terbentuk di sekeliling buah pinggang kerana jangkitan
- Saluran kencing tersumbat
- Pengecilan atau sempitnya tiub kencing
Dan sebagainya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.