
Sulit
3 tahun
- Sakit didada & mulut asik mengeluarkan angin
1 - Sakit didada & kadang - kadang di sebelah kiri @ kanan dada.
2 - Mulut asik mengeluarkan angin
3 - Tekak akan menjadi kering
Boleh saya apa masalah penyakit yang saya alami

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, gejala yang diberikan adalah terlalu umum dan memerlukan maklumat lanjut . Namun begitu, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Jangkitan saluran pernafasan
- Jangkitan paru-paru
- Masalah jantung
- Refluks asid atau GERD
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.