
nafqayyima
5 tahun
Sakit didada setiap kali terbatuk atau bangun dari duduk
Salam doktor.saya ingin bertanya setelah batuk selepas raya saya mengalami batuk yang on dan off .sekarang cuma ada gatal tekak dan batuk sekali sekalai tapi …kenapa setiap kali saya merasa nyucuk di dada kanan seolak ada otot yang menyambung ke jantung ka.saya ada pergi ke klinik tapi saya diberi ubat untuk cair kahak dan ubat tahan sakit.boleh doktor sarankan apa yang boleh saya lakukan.adakah x ray solusi terbaik.jika saya dalam proses kehamilan adakah xray pilihan yang selamat untuk ibu yang sedang merancang kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, gatal tekak dan batuk yang lama boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti
- jangkitan paru
- faringitis atau keradangan tekak akibat acid reflux
- gastroesophageal reflux disease (GERD)
Oleh itu, sebaiknya puan memeriksakan gejala puan ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjut dan dicarikan akar penyebab kepada masalah ini.
Untuk pengetahuan puan, semua prosedur pemeriksaan mempunyai risiko masing-masing. Pemeriksaan xray akan melepaskan sejumlah radiasi yang dapat memberi pelbagai efek terhadap janin dalam kandungan. Tergantung dengan kemajuan fasiliti xray yang disediakan, sesetengah tempat tidak membenarkan wanita hamil untuk melakukan pemeriksaan xray. Justeru, jika anda hamil atau syak hamil tapi status kehamilan belum dikonfirmasi, sebaiknya anda berbincang dengan doktor dan memberitahukan kepada petugas kesihatan tentang kondisi anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.