Sulit
2 tahun
Sakit disebelah kanan pinggang
Sy wanita baru masuk umur 30an . Sy sedang mengalami sakit pinggang disebelah kanan . Yang menyebabkan jika sy pusing badan atau hembus nafas jd sakit . Boleh tahu apa punca nya tak doktor ? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang. Untuk makluman anda, secara umum, terdapat beberapa penyebab masalah sedemikian boleh berlaku, antaranya ialah:
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Masalah tulang belakang
- Osteoarthritis
- Kecederaan tulang belakang atau pinggang
- Prolapsed intervertebral disc
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Memandangkan gejala ini anda alami sejak bertahun lama, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit pinggang? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!