
Sulit
3 tahun
Sakit gastrik / perut
saya mahu bertanya tentang sakit perut yang dialami oleh suami saya yang berumur 24 tahun. sejak 2 bulan yang lepas , suami saya mengalami sakit perut yang sehingga kena masuk kecemasan banyak kali. bila check doktor mengatakan gastrik, adakah gastrik akan sakit bile time makanan itu lari? sekarang pula bila dia makan atau bergerak dia rasa sakit . mintak doktor dapat membantu menyelesaikan masalah suami saya ini .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah suami anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah suami anda. Antaranya adalah:
- Gastritis
- Peptic ulcer
- Duodenic ulcer
- Pancreatitis
- Choledocystitis
- GERD
- Dispepsia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk suami anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor