
Sulit
5 tahun
Sakit GERD & gastrik
Saya lelaki berusia 20 tahun & saya telah mengalami sesak nafas lebih 2 minggu sepanjang waktu PKP ini. Saya mempunyai penyakit GERD sejak akhir tahun 2019. Saya telah diberi 2 jenis ubat iaitu Pantoprazole 40mg & Ganaton 50mg dan telah sembuh. Malangnya, saya selalu mengalami sesak nafas akibat tidak menjaga timing makan & kalini lebih teruk sepanjang tempoh PKP. Jadi, sejak pulih dari sakit GERD saya telah mengamalkan pengambilan ubat 2 jenis ubat tersebut dan antasid (alucid) dibeli dari farmasi. Soalan saya, boleh ke saya teruskan pengambilan ubat jenis Panto & Ganaton tersebut sehingga sekarang ketika sakit gastrik kerna doktor ketika saya mendapatkan rawatan GERD itu hanya memberi ubat untuk makan dalam tempoh 30 hari sahaja.
Kedua, apakah kesan buruk jikalau saya meneruskan pengambilan 2 ubat itu memandangkan saya sudah mengambilnya sehingga sekarang bila perlu, namun telah mengambil secara berturut² 2 hari lepas kerna antasid tidak beri kesan yang efektif serta berpanjangan. Adakah ada kemungkinan saya akan menghadapi risiko rosak buah pinggang, rosak hati atau sakit kronik lain? Ketiga, apa saya perlu lakukan memandangkan saya tidak tahu kalini yang menyerang saya tidak dapat bezakan itu GERD atau gastrik? Saya berasa kembung perut, selalu sesak nafas dan kadangkala pedih di perut. Adakah saya perlu makan 2 ubat itu selama 30 hari berturut² seperti sakit GERD dulu? Mohon pencerahan lanjut dan terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun, bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Namun begitu, ubat pentaprozole seharusnya diamabil setiap hari pada waktu yang sama mengikut arahan yang terdapat pada ubat tersebut atau mengikut arahan farmasi ketika anda membeli ubat tersebut. Anda boleh cuba mengambil ubat tersebut untuk 2 minggu dan sekiranya baik, teruskan untuk 2 minggu lagi. Ubat ini adalah untuk tujuan rawatan manakala antasid adalah untuk merawat gejala. Maka ianya seharusnya diambil hanya ketika anda bergejala.
Setakat ini, ubat tersebut tidak menyebabkan kesan sampingan seperti yang anda sebutkan di atas sekiranya di ambil mengikut nasihat doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mendapatkan jawapan yang diingini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.