
Sulit
4 tahun
Sakit gigi berlubang graham bongsu belah kiri belakang sekali
saya lelaki 20an sakit gigi graham bongsu berlubang di blkg sekali belah kiri. Saya dh cuba kumur dgn air garam, kumur guna listerine tidak berhasil. Dengan menggunakan air sejuk bila saya berkumur dpt kurangkan rasa denyutan dan sakit gigi sekitar 2-3 minit shj. Mohon bantuan dari pihak doktor oncall

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah gigi berlubang memerlukan pemeriksaan oleh doktor gigi untuk mengetahui rawatan yang diperlukan oleh pesakit kerana gejala yang dihadapi pesakit, kawasan gigi yang terjejas dan pelbagai faktor lain akan mempengaruhi pilihan rawatan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi. Hal ini kerana bidang pergigian adalah berbeza dengan bidang perubata,
Untuk masalah perubatan, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.