
Sulit
4 tahun
Sakit gigi dan bengkak gusi
Saya wanita berusia 37 tahun. Sakit gigi bermula sejak seminggu lalu dan sekarang melarat ke sebelah kiri gigi bongsu yang telah kosong di tengah2 gigi, hanya tinggal serpihan di keliling. Saya telah membuat appointment untuk cabutan pada pukul 3.30. Soalan saya, boleh ke saya makan painkiller sekarang? Tidak akan ada side effect ke bila bius gusi nanti?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Berdasarkan kajian semasa, painkiller di takrifkan selamat untuk penggunaan sebelum rawatan gigi seperti bius dialaksanakan sekiranya kesakitan yang anda alami sangat menganggu. Walau bagaimanapun anda tetap perlu melaporkan ke doktor anda tentang pengambilan tersebut (atau lebih baik, merujuk langsung ke pidak yang berkenaan) agar operasi pada petang hari anda tidak terganggu. Disamping itu, sekiranya gejala sakit anda berterusan setelah penggunaan painkiller, saya sarankan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik atau hospital yang berdekatan.
Pastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.