
Sulit
4 tahun
Sakit gigi geraham bungsu
Saya mengalami sakit gigi geraham bungsu ,saya telahpun berjumpa dengan dr sebelum ini.
*gigi saya telah sakit sejak 3 tahun yang lalu dan saya telahpun berjumpa dr tetapi hanya diberikan ubat tahan sakit dan antibiotik(2018)
- dan pada tahun 2019 saya berjumpa lagi dengan dr kerna gigi saya sakit dan bengkak serta berdarah gigi saya pun telah d xray oleh dr dan saya memiliki gigi bungsu, yang tumbuh normal tetapi setelah sekian lama gigi saya hanya muncul sedikit
*dan sekarang gigi saya mulai sakit lagi bengkak dan demam apa perlu saya buat, gigi saya mengangu aktiviti saya setiap hari,
Gigi saya sering sakit, dan gigi saya belum muncul sepenuhnya hanya kelihatan sedikit sahaja,
…
Perlukah saya cabut gigi saya???

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit gigi sejak 3 tahun lalu. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- abses digigi
- gigi mereput
- fraktur gigi
- jangkitan gusi
Persoalan anda tentang samaada perlu anda mencabut gigi anda tidak boleh kami jawab di forum ini. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.