
Anonymous
5 tahun
Sakit gigi kacip bahagian bawah
gigi kacip bawah saya berasa seperti berdenyut-denyut , suhu badan menaik secara tiba-tiba, pening kepala… mengalami sejak 2 hari yg lps

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gigi berlubang (tooth cavity)
- jangkitan kuman dan bakteria
- radang gusi (gingivitis)
- gusi bengkak
- trauma pada rahang, gigi atau gusi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.