
Sulit
4 tahun
Sakit gigi yg berlubang
Boleh ke kalau gigi yg berlubang tengah sakit tu kena cabut? Sebab mak saya kata kalau gigi tengah sakit tak boleh cabut dulu tunggu redah baru boleh.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, disebabkan saya tidak dapat melihat keadaan sebenar anda sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan tentang keadaan anda.
Untuk pengetahuan anda, punca kesakitan gigi anda perlu dikenalpasti dahulu sebelum melakukan apa-apa rawatan. Terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan untuk gigi yang berlubang seperti:
- Extraction (cabut gigi)
- Filling (tampal gigi)
- Crown (topi gigi)
- Root canal treatment (rawatan akar)
Bergantung pada keadaan gigi anda, doktor gigi akan menilai rawatan yang paling sesuai untuk anda. Oleh itu, saya sarankan anda untuk ke klinik gigi dan dapatkan diagnosis dan rawatan lebih tepat untuk masalah anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.