
Sulit
3 tahun
Sakit jantung dan degub jantung
Saya berumur 13tahun dan saya budak sukan di sekolah.saya mengalami sakit dada di kiri yang menyebabkan saya nak pitam dan jantung saya terlalu laju dan kadang2 rasa jantung berhenti sesaat dan menyebabkan saya pening kepala.adakah mempunyai bunyi jantung murmur itu berbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah jantung berdegup laju dan sakit dada boleh disebabkan oleh:
anemia
Masalah ritma jantung
Masalah hormon tiroid
Masalah anxiety
Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.