
Sulit
3 tahun
Sakit kaki dan sendi di sebelah kiri… Sakit berulang setiap bulan. Hanya makan ubat tahan sakit
Saya lelaki berumur 38tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda yang mengalami sakit kaki dan sendi dengan kerap dan berulang. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan mengapa seseorang boleh mengalami sakit sendi. Ia boleh disebabkan masalah sengal-sengal otot yang biasa sehingga ke penyakit yang lebih serius.
Antara punca lazim yang boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit kaki dengan kerap adalah:
- Berdiri dengan terlalu lama
- Kecederaan pada otot atau tulang
Ia juga boleh disebabkan oleh kondisi yang lebih serius, seperti:
- Osteoartritis
- Artritis reumatoid
- Gout
Kami juga sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian untuk penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang dialami oleh anda dan supaya kami dapat membantu anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.