
hisyamcruz
5 tahun
Sakit kat tengah dada
Saya lelaki 20an ada rasa sakit kat dada bila saya tunduk atau renggangkan badan saya dan ada masa tu dia buat bunyi ‘krek’ bila saya over-stretch. Boleh saya tahu apa masalah saya? Dan macam mana nak ubat sakit ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit dada bahagian tengah, antaranya ialah:
• Sakit jantung
• Pericarditis atau radang lapisan luar jantung
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Asma
• Ketulan darah di saluran darah paru-paru atau pulmonary embolism
• Gastrik atau asid perut berlebihan
• GERD atau pedih ulu hati
• Kayap
• Tulang rusuk patah
• Keradangan kartilaj atau costochondritis
Untuk mengetahui punca sakit dada serta dapatkan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut dan pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan mendapatkan ujian yang berkenaan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.