rahmantorji99
3 tahun
Sakit kepala akibat sakit gerd
Salam nak Tanya doktor saya Mengalami sakit kepala berpanjangan akibat angin gerd dh Naik sampai ke kepala…bolehkah saya ambil pil caffox utk hilangkan migrain saya??
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, GERD iaitu pedih ulu hati tidak akan menyebabkan angin sampai ke kepala. Kondisi ini merupakan refluks acid dari perut ke atas saluran makan anda.
Migrain pula merupakan sakit kepala yang biasanya sakit di sebelah kepala, dicetuskan oleh cahaya yang terang ataupun bunyi yang kuat. Individu dengan migrain akan mengalami kesakitan semasa pandang ke cahaya terang semasa serangan. Oleh itu, mereka akan menyembunyikan diri dalam bilik yang gelap dan sunyi.
Sekiranya anda mempunyai migrain, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum mengambil sebarang ubat kerana ianya mempunyai kesan sampingan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.