
Sulit
5 tahun
Sakit kepala almost 2week
Hi doc sy lelaki umur 31 tahun sy sakit kepala dan sakit2 pada bahu dan badan tekak sy gatal dan batuk dada rasa tertekan dan susah bernafas klinik hnya bg panadol 650 n kali ke 2 ubat saraf n smpai sekarang setiap hari sy rasa sakit mula dr bgun tidur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala ini adalah sangat umum dan lazim. Terdapat banyak masalah yang boleh menyebabkan gejala ini.
Namun begitu, sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Nasihat saya, bagi mengurangkan rasa sakit kepala anda cuba
Kawalan stress dan emosi
Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan anda untuk pemeriksaan mata
Banyakkan inum air putih
Rehat dan tidur secukupnya
Untuk masalah sesak nafas anda, ia boleh disebabkan oleh:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Sekiranya, masalah anda masih berlanjutan dan semakin parah, saya sarangkan untuk anda berjumpa dengan doktor sekali lagi bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.