Sulit
4 tahun
Sakit kepala + Badan panas
Saya wanita berumur 23tahun. Semalam badan saya terasa panas dan sakit kepala yang teramat sangat. Tekak saya jugak terasa perit. Apakah itu tanda tanda demam?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala, sakit tekak serta panas boleh jadi disebabkan oleh hal berikut seperti:
- jangkitan saluran pernafasan atas
- tonsilitis
- faringitis
Merujuk kepada demam, keterangan diatas masih subjektif. Demam bukanlah sesuatu penyakit, akan tetapi demam adalah merupakan gejala penyakit. Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor agar dapat diketahui apakah suhu tubuh anda boleh dikatakan demam atau tidak dan agar pemeriksaan dan perawatan lanjut dapat diberikan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.