
Sulit
3 tahun
Sakit kepala bahagian atas,kiri dan kanan apabila ditekan
Saya lelaki berusia 39 tahun kerap mengalami masalah sakit kepala,terasa sakit kepala terasa berat,pening.Kalau ditekan pada kulit kepala terasa sakit dari bahagian atas kepala ,kiri dan kanan kepala…boleh pihak Doctor bagitahu apa masalah sakit kepala saya

3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami faham bahawa anda mengalami masalah kesakitan kepala dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, masalah kesakitan di bahagian kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Kurang zat thiamin atau vitamin dalam diet
- migrain
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Vertigo posisi benign
- Penyakit dalaman telinga
- Anemia
- Ketumbuhan dalam otak
- Glaukoma mata
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.