zaireena08
6 tahun
Sakit kepala bahagian depan kiri dan tengah
Saya seorang ibu berumur 34 tahun. Saya mengalami sakit kepala dibahagian tepi kiri dan depan. Hari ini dah masuk 3 hari. Kalau berdiri lama saya akan rasa mual. Sakit kepala akan datang start dari petang hingga malam.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan yang dialami oleh anda. Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Terdapat dua jenis sakit kepala:
- primer (majoriti) iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala ketegangan
- sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal dan luar tengkorak (glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Jika anda mengalami tanda-tanda ini, anda disarankan untuk berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan selanjutnya. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

































