
miichelleini
5 tahun
Sakit Kepala,Bahu dan Leher
Salam Sejahtera. Saya berumur 22 Tahun dan baru sahaja kembali ke Malaysia dari negara Jerman pada 17/3/2020. Pada hari pertama tiba di Malaysia sehingga ke hari ketiga saya tidak mengalami apa2 gejala Covid-19. Pada hari keempat sehingga ke hari ini(selama 3 hari) saya telah mengalami sakit kepala sehingga menyebabkan leher dan bahu saya turut sakit. Selain itu, pada hari semalam saya berasa tidak selesa seluruh badan. Adakah saya perlu mendapatkan pemeriksaan untuk Covid-19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Mengikut WHO, berikut merupakan gejala yang sering dilaprorkan dalam pesakit yang mengalami jangkitan coronavirus.
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Namun hal yang demikian gejala berikut adalah umum dan berkait rapat dengan masalah lain. Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital dengan orang yang ingin melakukan ujian COVID-19 serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Selain itu, hospital umum hanya akan melakukan ujian COVID-19 terhadap individu yang berisiko tinggi serta memenuhi kriteria sahaja .Sekirany anda tidak layan, anda boleh melakukan ujian tersebut dengan syarikat swasta melalui link ini COVID-19 Screening At Home.
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasai gejala anda serta melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini