
azieyziera65
6 tahun
Sakit kepala belah kanan belakang kepala
Saya wanita berumur 20 an… Sye kerap sakit kepala belakang kepala belah kanan… Adakala mengalami juga tegang urat kepala di belah belakang kanan kepala… Sye pernah terjatuh semasa kecil dan terhentak kepala sehingga pengsan tapi tak pernah check up dengan doktor… Bila sye stress tau tertekan selalu akan kena sakit kepala yang terok…

6 tahun
Hai, Selamat sejahterai. Terima kasih untuk soalan anda.
Sakit kepala kronik ialah apabila seseorang mengalami serangan sakit kepala lebih dari 15 kali sebulan ataupun sakit kepala hampir berkekalan melebihi 3 bulan.
Migraine – sakit kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman.
Tension headache – sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala
Cluster headache - sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaya, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kebiasaanya memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat.
Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk membincangkan tentang punca sakit kepala anda dan apakah rawatan yang sesuai sekiranya perlu. Terdapat banyak ubat tahan sakit yang dijual di kaunter (OTC). Antaranya ialah paracetamol dan NSAIDs. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.