nasuha

6 tahun

Sakit kepala belah kanan hingga tidak boleh bergerak

Hi, saya berumur 21 tahun. Saya sering sakit kepala sebelah kanan sehingga tak boleh bergerak. Bergerak sikit kepala akan jadi semakin sakit dan berdenyut denyut. Bila berdiri mata akan jadi kabur. Bila sakit kepala je rasa mual & loya macam nak muntah. Kenapa yaa? Terima kasih.

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Selamat pagi dan terima kasih kerana menghubungi kami

Migrain merupakan salah satu daripada sakit kepala jenis primer. Migrain adalah masalah biasa dalam populasi umum dan menjejaskan wanita lebih daripada lelaki. Semasa serangan migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala pada satu bahagian dan ia akan meningkatkan kepekaan terhadap cahaya dan bunyi, mudah marah, bernafas cepat dan bercakap dengan suara rendah.

Terdapat beberapa pencetus yang diiktiraf kepada sakit kepala migrain, seperti makanan, perubahan hormon pada wanita, tekanan, keadaan kesihatan dan juga corak tidur. Ia perlu dirawat dengan baik kerana migrain mempengaruhi rutin harian pesakit.

Adalah sangat penting untuk mendapatkan bantuan daripada doktor anda untuk mendapatkan diagnosis yang betul dan rawatan yang sesuai.

Anda boleh mencuba beberapa remedi yang boleh dilakukan di rumah yang dapat membantu melegakan sakit kepala anda. Mengubah gaya hidup anda adalah cara paling mudah untuk memperbaiki sakit kepala anda. Mempunyai corak tidur biasa dengan sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam, mengurangkan minuman kopi dan makan makanan yang dimasak di rumah pastinya sebab yang baik untuk sakit kepala anda.

Salam sejahtera. Terima kasih atas persoalan anda. Saya berharap anda berada dalam keadaan yang baik. Seperti anda telah menyatakan bahawa anda berusia 21 tahun dan mengalami sakit kepala yang berdeyut- deyut sehingga tidak boleh bergerak. Simptom yang anda menyatakan menunjukkan bahawa anda mengalami migrain. Terdapat 3 jenis migrain, iaitu, migrain tanpa aura, migrain dengan aura dan aura migrain tanpa sakit kepala. Migrain tanpa aura adalah sakit kepala tanpa simptom manakala migrain dengan aura adalah kita dapat merasakan simptom sebelum serangan migrain. Aura migrain tanpa sakit kepala adalah penghidap boleh merasakan simptom lain tanpa diiringi sakit kepala.

Migrain boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor genetik atau faktor persekitaran. Apabila terdapat perubahan dalam sistem otak dan interaksi dengan saraf trigeminal, ia boleh menyebabkan migrain.

Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah direka untuk merawat serta mencegah episod migrain. Ubat migrain seperti Aspirin atau ibuprofen boleh membantu melegakan migrain ringan. Selain aspirin, triptans juga boleh digunakan untuk merawat migrain. Ia menyebabkan saluran darah mengecut dan ia juga menyekat saraf sakit di otak. Contoh ubat Triptan termasuk sumatriptan (Imitrex), rizatriptan (Maxalt), almotriptan (Axert), naratriptan (Amerge), zolmitriptan (Zomig), frovatriptan (Frova) dan eletriptan (Relpax). Anda boleh mengambil riboflavin (vitamin B-2) untuk mencegah migrain atau mengurangkan kekerapan sakit kepala. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil suplemen magnesium untuk mengurangkan kekerapan serangan migrain. Sila berjumpa doktor jika sakit kepala anda berlarutan

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)